WAKTU DUNIA
!-end>!-local>
Wednesday, November 26, 2014
Saturday, November 22, 2014
Tuesday, November 18, 2014
Wednesday, October 15, 2014
Friday, August 29, 2014
LOGO HARI KEBANGSAAN KE-57 2014
RASIONAL LOGO
Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.
Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.
Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.
Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.
Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.
Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.
MAKSUD WARNA LOGO
Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.
Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.
Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.
Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.
Wednesday, August 6, 2014
Tuesday, April 22, 2014
TEMA HARI GURU 2014
Tema Sambutan Hari Guru Kali ke 43 Tahun 2014 ialah Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Pemberitahuan Tema Hari Guru 2014 serta Maksud dan Huraian ini merujuk surat Datuk Dr. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
yang bertarikh 08 April 2014. Pemilihan tema ini telah dipersetujui
oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia.
Semoga makluman ini dapat dikongsikan kepada semua warga pendidik di
Malaysia. Untuk makluman, Logo Hari Guru 2014 akan dikemaskini.
Apakah Maksud Tema Hari Guru 2014
Merujuk Surat Pemberitahuan KPM. Maksud, Definisi dan Huraian Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi iaitu Tema Hari Guru tahun ini ialah seperti berikutDEFINISI: GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVAS
- GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
- PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
- KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
- PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
- INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.
Huraian Tema Hari Guru 2014
Tema Hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad
ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan
perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang
terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai
potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan
dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran
memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional.
Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.
Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif,
mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai
pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang
dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan
pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.
Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan
bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan
dalam persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga
pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman
pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan
masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan
kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik
dan persekitaran kehidupan sebenar.
Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif.
Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang intelek dan
berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan
memperkukuh am alan terbaik dalam pendidikan.
PERTANDINGAN REKA CIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN
Pertandingan Reka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke 57 dengan Tema Kenegaraan iaitu berkonsepkan Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Semua warganegara Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo yang akan digunakan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2014 Malaysia pada bulan Ogos nanti.
Penyertaan Pertandingan Cipta Logo Hari Kemerdekaan 57 bermula pada 14 April dan Tarikh tutup adalah pada 14 Mei 2014. Pemenang Reka Cipta Logo Hari Merdeka 2014 akan menerima Hadiah utama iaitu RM7,000. Manakala Hadiah Saguhati wang tunai RM1,000 akan diberikan kepada 10 ciptaan logo kemerdekaan yang terbaik.
Untuk menyertainya, sila ke pautan Peraturan dan Borang Pertandingan Reka Cipta Logo Hari Kemerdekaan 57 untuk mendapatkan borang dan peraturan penyertaan. Untuk maklumat lanjut dan update terkini sila ke Portal Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) atau Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) atau Laman Malaysia Merdeka dan juga boleh emelkan ke tanyalogo@ipptar.gov.my. Semoga Sambutan Hari Kemerdekaan 2014 lebih dihati. Sayangi Malaysia. Hargai kemerdekaan ini. Bersama kekalkan keamanan negara.
Tuesday, January 21, 2014
TAHNIAH
Pengurusan Pusat Sumber SK Sungai Puteri mengucapkan tahniah kepada 30 orang murid yang telah ditauliahkan sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2014. Semoga perlantikan ini dapat melancarkan lagi pengurusan Pusat Sumber Sekolah.
Subscribe to:
Posts (Atom)