PUSAT AKSES

PERATURAN PUSAT AKSES 

SEBELUM PENGGUNAAN
  • Murid/pengguna hendaklah membuat tempahan sehari sebelum menggunakan pusat akses sekolah.
  • Dilarang membawa beg / fail dan makanan / minuman ke dalam pusat akses.
  • Dilarang membawa sebarang cakera milik persendirian ke dalam pusat akses kecuali dengan kebenaran guru Penyelaras Pusat Akses Sekolah.
  • Dikehendaki mengisi segala butiran di dalam buku log penggunaan pusat akses untuk mengesan setiap pengguna pusat akses.

SEMASA PENGGUNAAN
  • Masa bagi setiap murid/pengguna menggunakan komputer ditetapkan 1 jam bagi satu sesi.
  • Satu komputer hanya untuk satu orang pengguna dan tidak boleh dikongsi.
  • Dilarang sama sekali mengusik barang, talian, sambungan kawat yang terdapat di belakang komputer atau membuka 'chasing'.
  • Disket atau pen drive yang dibawa masuk hendaklah diimbas (scan) terlebih dahulu menggunakan perisian antivirus yang terdapat pada komputer yang digunakan.
  • Dilarang melayari laman web yang tidak berkaitan dengan pendidikan khususnya yang berunsur lucah, ganas, hiburan (games,muzik,movie) dan sebagainya.
  • Kemudahan mencetak bahan hendaklah mendapat kebenaran daripada guru yang bertugas terlebih dahulu.
  • Sebarang kerosakan mesti dilaporkan kepada guru bertugas.
  • Dilarang bermain atau bergurau senda semasa berada di dalam pusat akses.

SELEPAS PENGGUNAAN
  • Murid/pengguna perlu 'shut-down' komputer dengan langkah-langkah yang betul.
  • Dilarang membawa keluar daripada pusat akses sebarang perkakasan/perisian komputer milik Pusat Akses Sekolah.
  • Murid/pengguna bertanggungjawab memastikan kebersihan dan kekemasan sebelum meninggalkan pusat akses.