Monday, March 7, 2011

KURSUS KEPIMPINAN


SK SUNGAI PUTERI - Pada 5 Mac 2011, semua Pengawas Pusat Sumber SK Sungai Puteri telah mengikuti Kursus Kepimpinan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas yang dianjurkan oleh Unit Disiplin.

Matlamat program ini adalah mewujudkan pemimpin kecil sekolah yang berilmu pengetahuan,berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk menjalankan tugas. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang kursus ini adalah Ceramah Kepimpinan yang disampaikan oleh Encik Mohd Rosli bin Abdullah.




Para peserta juga turut mendengar tazkirah yang bertajuk Kepimpinan dalam perspektif Islam yang telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Asmawi bin Daud. Latihan Dalam Kumpulan (LDK) turut diadakan, di mana para peserta akan mengikuti simulasi yang telah disediakan untuk memberi pendedahan kepada para peserta akan keadaan sebenar yang bakal mereka hadapi.

Kesimpulannya Kursus Kepimpinan ini merupakan satu pendedahan kepada Pengawas, Pengawas Pusat Sumber, Ketua Kelas dan Penolong Ketua Kelas mengenai peranan, tanggungjawab dan sahsiah diri yang perlu dititikberatkan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Komitmen dan keperihatinan merupakan asas penting agar bidang tugas dapat dilaksanakan dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment