Sunday, February 20, 2011

Bersama-sama mantan Guru Besar SK Sungai Puteri, Pn. Noaizan binti Jamaludin
di Program Kecemerlangan UPSR 2011

Friday, February 18, 2011

SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI 2011

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran Malaysia telah mengumumkan lagi senarai 23 Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) bagi tahun 2011 yang bertujuan untuk mengangkat kualiti sekolah-sekolah terbaik ke taraf dunia.
Daripada 23 buah sekolah tersebut, 11 buah adalah Sekolah Berasrama Penuh (SBP), 2 buah Sekolah Menengah Harian biasa, 8 buah Sekolah Kebangsaan dan 2 buah Sekolah Jenis Kebangsaan.
Berikut adalah senarai penuh 23 buah sekolah yang disenaraikan sebagai SBT 2011:
  1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
  2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
  3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak
  4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor
  5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
  6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang
  7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
  8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
  9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
  10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
  11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
  12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
  13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
  14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
  15. SK Convent Muar, Johor
  16. SK Seri Biram, Pahang
  17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah
  18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
  19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
  20. SK Sultan Ismail, Terengganu
  21. SK Jalan Tiga, Selangor
  22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
  23. SJK(C) Lick Hung, Selangor
Sumber : BERNAMA

Thursday, February 10, 2011

MAULIDUR RASUL

Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.

Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.

Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

SELAMAT BERSARA

SELAMAT BERSARA
HAJAH SITI FATIMAH BT AWANG
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH ROMPIN

DARIPADA
PENGURUSAN PSS DAN PENGAWAS PSS
SK SUNGAI PUTERI

Tuesday, February 8, 2011

Sejarah Valentine Day

Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.

Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.

Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).

Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.

Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.

Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.

Bayangkan kalau kita meraikan hari ini, sudah tentu ia menandakan kita sendiri merayakan kejatuhan agama Islam itu.

Majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengawas PSS 2011

Majlis ini diadakan pada 7 Februari 2011 di Dewan Terbuka SK Sungai Puteri pada pukul 8:05 pagi. Pn. Asmah binti Idris (Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid) telah menyerahkan watikah ini kepada 38 orang Pengawas PSS yang terdiri daripada 10 orang murid lelaki dan 28 orang murid perempuan.
Diharapkan Pengawas PSS yang dilantik pada tahun ini dapat memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam meningkatkan kualiti pengurusan PSS SK Sungai Puteri.


Friday, February 4, 2011

MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH
PENGAWAS PUSAT SUMBER
SK SUNGAI PUTERI
2011

ISNIN, 7 FEBRUARI 2011

Thursday, February 3, 2011


SK Sungai Puteri bercuti untuk Tahun Baru Cina mulai 3 hingga 6 Februari 2011. Sekolah dibuka semula pada 7 Februari 2011. SELAMAT TAHUN BARU CINA untuk rakyat Malaysia yang berketurunan Cina.