Tuesday, October 23, 2012

READING IS FUN DAN PENUTUPAN BULAN BAHASA



Pada 23 Oktober 2012, Pusat Sumber SK Sungai Puteri dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab telah menganjurkan dua program serentak iaitu Reading Is Fun dan Penutupan Bulan Bahasa.

Reading Is Fun dilaksanakan bagi menyahut saranan Pusat Kegiatan Guru untuk menjadikan program membaca ini satu rekod Malaysia dengan penyertaan murid-murid di seluruh negara. Hampir 480 orang murid SK Sungai Puteri dari prasekolah hingga ke Tahun 6 serta para guru telah menyertai program ini di mana murid-murid perlu membaca selama 33 minit. Diakhir program guru-guru kelas telah menerima sijil penyertaan program ini untuk diedarkan kepada setiap murid. Pemberian sijil ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri.

Wednesday, October 10, 2012

PELANCARAN PROGRAM BULAN BAHASA



Pada 10 Oktober 2012, Program Bulan Bahasa telah dilancarkan bagi tahun 2012. Program ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab. Program ini bertujuan untuk :-

  1. memupuk semangat cintai akan Bahasa Malaysia dan seterusnya memartabatkan Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar SK Sungai Puteri bagi menyokong kecemerlangan Bahasa Malaysia.
  2. Menguasai dan mempertingkatkan kemahiran bahasa-bahasa lain iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di kalangan pelajar SK Sungai Puteri.
  3. Mengasah serta mencungkil bakat terpendam pelajar dalam aktiviti berbahasa melalui aktiviti yang dijalankan.
  4. Melatih pelajar berani berinteraksi di hadapan khalayak ramai.
  5. mewujudkan persaingan dalam diri pelajar seperti berketrampilan, berani dan berkeyakinan tinggi,
  6. menanamkan kemahiran berbahasa secara tidak langsung di luar bilik darjah.
Berikut merupakan kategori aktiviti mengikut Panitia yang bakal dijalankan sepanjang Bulan Bahasa ini.

Bahasa Malaysia
Tahun 1 dan Tahun 2 : Membaca cerita bertemakan cerita teladan
Tahun 3 dan Tahun 4 : Kuiz bertulis - Nilai murni
Tahun 5                    : Buku skrap (penjodoh bilangan, simpulan bahasa /peribahasa)
Tahun 6                    : Berbalas pantun

Bahasa Inggeris

Tahun 1 dan Tahun 2 : Reading short stories
Tahun 3 dan Tahun 4 : Crossword Puzzles
Tahun 5                    : English Quiz
Tahun 6                    : Newspaper cutting (in pairs)

Bahasa Arab

Tahun 1 dan Tahun 2 : Tulisan cantik
Tahun 3 dan Tahun 4 : Sajak
Tahun 5                    : Nasyid
Tahun 6                    : Pidato

Buat julung kalinya pelajar Tahun 6 mengacarakan pelancaran program ini dengan penyampaian tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Program ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri.