Thursday, March 15, 2012

RIBUT MATAHARI

24 Januari 2012 mencatatkan sebagai ribut solar/matahari yang terkuat dalam sejarah 6 tahun. Fenomena ribut solar terkuat pada hari tersebut telah menyebabkan terbentuk cahaya menakjubkan di hemisfera Utara. Rupa-rupanya kejadian pada hari itu bukan yang terakhir dan paling kuat yang tercatat dalam sejarah tahun sebab sekali lagi kejadian sama berlaku dan dianggarkan lebih kuat hingga istilah ‘It’s hitting us right in the nose‘ digunakan bagi menggambarkan kekuatannya.
ribut matahari
Ribut matahari yang berlaku pada hari Selasa itu telah sampai ke Bumi pada Khamis, semalam. Akibatnya zarah bercas yang sampai ke bumi mengganggu grid kuasa, GPS dan penerbangan kapal terbang. Dijangkakan juga yang ribut sama akan turut berlaku pada hari ini, Jumaat kerana saintis mendapati masih terdapat tompokon pada matahari yang sedia melepaskan aurora borealis (rujuk istilah ribut solar).
Solar Flare
Gambar di bawah menunjukkan Imej yang diperoleh oleh Balai Cerap Solar Dynamics hari ini menunjukkan dengan jelas tompok matahari yang mencetuskan ribut solar.
Tompok
Berikut pula adalah gambar gelombang ultraungu yang diambil NASA menunjukkan aktiviti ribut solar. Keadaan ini memaksa syarikat penerbangan menukar laluan penerbangan mereka.
Ribut solar
Adakah kejadian kali ini adalah yang terakhir untuk tahun ini? Kalau ikut ramalan, ia bukanlah ribut matahari yang terakhir kerana kalau merujuk kepada gambar Matahari yang diambil NASA hari ini, mereka meramalkan ribut ini mungkin akan memuncak tahun depan.
Ribut Matahari
Apapun di sebalik kejadian ribut solar ini kita dapat melihat cahaya menakjubkan di Hemisfera Utara. Jadi nikmatilah pemandangan menarik ini selagi ada peluang. Gambar lain boleh rujuk di entri > Fenomena Ribut Solar
Aurora

Sunday, January 22, 2012

TAHUN BARU CINA

Tarikh perayaan

Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.
Haiwan Dahan bumi Tarikh
Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008
Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009
Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010
Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011
Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012
Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013
Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014
Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015
Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016
Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017
Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018
Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019

Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.

Mitos

Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".

Sambutan perayaan

Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarah ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.

Tuesday, January 3, 2012

Pihak pengurusan Pusat Sumber SK Sungai Puteri mengucapkan selamat kembali ke sekolah buat anak didik SK Sungai Puteri sesi 2012.

Friday, November 4, 2011

Wednesday, November 2, 2011

Monday, September 26, 2011

BULAN PSS 2011

RASIONAL:
Penggunaan perpustakaan sebagai pusat sumber maklumat masih berada pada tahap yang sederhana. Satu langkah proaktif perlu diambil untuk memaksimumkan penggunaannya khasnya pengisian masa pada waktu rehat dalam bulan Ramadhan.


MATLAMAT:
Memaksimumkan penggunaan perpustakaan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Sungai Puteri bagi menjana idea kreatif dan inovatif.


OBJEKTIF :
1. Menerapkan budaya membaca kepada pelajar pada masa senggang khasnya
    (waktu rehat) pada bulan Ramadhan.
2. Menggalakkan penggunaan perpustakaan sebagai tempat sumber rujukan dan sumber
    maklumat.
3. Memupuk nilai-nilai murni dalam diri pelajar seperti bertanggungjawab terhadap buku
    - buku yang dibaca dan dipinjam.
4. Membantu memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran semasa di dalam kelas.
4. Mencungkil bakat murid melalui pertandingan yang dijalankan.


JANGKAMASA
  • Sepanjang bulan Ramadhan ( 1 Ogos 2011 hingga 26 ogos 2011)

SASARAN
  • Semua murid SKSP

AKTIVITI-AKTIVITI
  • Membaca buku pada waktu rehat
  • Menonton siaran Tutor TV pada waktu rehat
  • Membuat kad pinjaman dengan potongan harga sebanyak 20%
  • Memulangkan buku yang lewat tanpa didenda
  • Pertandingan buku NILAM
  • Pertandingan Kuiz
  • Penganugerahan sijil kepada pembaca terbanyak NILAM mengikut tahun ( dari Januari – Jun)
  • Pengunjung paling kerap mengunjungi PSS  sepanjang Bulan PSS
  • Peminjam buku terbanyak sepanjang Bulan PSS