Friday, April 13, 2012

SENARAI YANG DI-PERTUAN AGONG MALAYSIA


Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berparlimen di bawah pentadbiran raja berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara.

Baginda dipilih memegang tampuk pemerintahan negara selama tempoh 5 tahun secara bergilir-gilir oleh Majlis Raja-Raja mengikut peruntukan Jadual Ketiga Perlembagaan Malaysia.

Untuk dipilih baginda mestilah menjadi Sultan yang memerintah sebuah daripada 9 buah negeri Persekutuan masing-masing iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Berikut adalah senarai turutan Yang Di-Pertuan Agong sejak 1957 bermula iaitu :

1~ Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad.
= Baginda ditabal sebagai Yang Di-Pertuan Agong pertama pada 2 September 1957 dan mangkat ketika memerintah sebagai Yang Di-Pertuan Agong pada 1 April 1960. Tempoh jawatan yang disandang dari 3 Ogos 1957 hingga 1 April 1960.

2~ Sultan Selangor
Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Ala’iddin Sulaiman Shah.
= Baginda magkat beberapa jam sebelum ditabal sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-2 pada 1 September 1960. Tempoh jawatan yang disandang bermula 4 April 1960 berikutan kemangkatan Tuanku Abdul Rahman.

3~ Raja Perlis
Tuanku Syed Putra Ibni Almarhum Syed Hassan Jamalullail.
= Baginda adalah Raja paling muda dilantik sebagai Yang Di-Pertuan Agong iaitu pada usia 40 tahun. Baginda ditabal pada 4 Januari 1961 sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-3. Tempoh jawatan yang disandang dari 21 September 1960 hingga 20 September 1965 dan mangkat pada 16 April 2000.

4~ Sultan Terengganu
Sultan Ismail Nasiruddin Shah Ibni Almarhum Sultan Zainal Abidin.
= Baginda ditabal pada 21 September 1965 sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-4. Tempoh jawatan yang disandang dari 21 September 1965 hingga 20 September 1970 dan mangkat pada 20 September 1979.

5~ Sultan Kedah
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah.
= Baginda ditabal pada 20 Februari 1971 sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-5. Tempoh jawatan yang disandang dari 21 Januari 1970 hingga 20 September 1975.

6~ Sultan Kelantan
Sultan Yahya Petra Ibni Almarhum Sultan Ibrahim.
= Baginda ditabal pada 28 Februari 1976 sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-6 dan mangkat ketika memerintah sebagai Yang Di-Pertuan Agong pada 29 Mac 1979. Tempoh jawatan yang disandang dari 21 September 1975 hingga 29 Mac 1979.

7~ Sultan Pahang
Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah.
= Baginda ditabal pada 10 Julai 1980 sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-7. Tempoh jawatan yang disandang dari 26 April 1979 hingga 25 April 1984.

8~ Sultan Johor
Sultan Mahmood Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.
= Baginda ditabal pada 15 November 1984 sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-8. Tempoh jawatan yang disandang dari 15 April 1984 hingga 25 April 1989 dan mangkat pada 23 Januari 2010.

9~ Sultan Perak
Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Ghafarullahulahu Shah.
= Baginda ditabal pada 18 September 1989 sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-9. Tempoh jawatan yang disandang dari 26 April 1989 hingga 25 April 1994.

10~ Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan
Tuanku Ja’afar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.
= Baginda ditabal pada 22 September 1994 sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-10. Tempoh jawatan yang disandang dari 16 April 1994 hingga 25 April 1999 dan mangkat pada 27 Disember 2008.

11~ Sultan Selangor
Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Alam Shah.
= Baginda ditabal pada 23 September 1999 sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-11 dan mangkat ketika memerintah sebagai Yang Di-Pertuan Agong pada 21 November 2001. Tempoh jawatan yang disandang dari 26 April 1999 hingga 21 November 2001.

12~ Raja Perlis
Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.
= Baginda ditabal pada 25 April 2002 sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-12. Tempoh jawatan yang disandang dari 13 Disember 2001 hingga 13 Disember 2006.

13~ Sultan Terengganu
Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
= Baginda ditabal pada 26 April 2007 sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-13. Tempoh jawatan yang disandang dari 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.

14~ Sultan Kedah
Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah. = Baginda ditabal untuk kali kedua sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-14 pada 11 April 2012. Kali pertama ditabal pada tahun 1971 sebagai Yang Di-Pertuan Agong ke-5.

No comments:

Post a Comment