Tuesday, October 23, 2012

READING IS FUN DAN PENUTUPAN BULAN BAHASA



Pada 23 Oktober 2012, Pusat Sumber SK Sungai Puteri dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab telah menganjurkan dua program serentak iaitu Reading Is Fun dan Penutupan Bulan Bahasa.

Reading Is Fun dilaksanakan bagi menyahut saranan Pusat Kegiatan Guru untuk menjadikan program membaca ini satu rekod Malaysia dengan penyertaan murid-murid di seluruh negara. Hampir 480 orang murid SK Sungai Puteri dari prasekolah hingga ke Tahun 6 serta para guru telah menyertai program ini di mana murid-murid perlu membaca selama 33 minit. Diakhir program guru-guru kelas telah menerima sijil penyertaan program ini untuk diedarkan kepada setiap murid. Pemberian sijil ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri.

Majlis penutupan Program Bulan Bahasa bermula sekitar jam 9:00 pagi. Tahun ini Encik Mohd Nazim dan Ustazah Nur Aisyah diamanahkan untuk menjadi pengacara majlis. Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang telah diketuai oleh Ustazah Hafiz Fikry bin Ahmad. Majlis diteruskan dengan ucapan majlis perasmian penutupan oleh Tuan Haji Ismail bin Mohd Said. Kumpulan koir Tahun 6 Jauhari telah mendendangkan sebuah lagi yang bertajuk "Mari Membaca" sebaik sahaja selesai penutupan oleh Guru Besar.

Di majlis ini juga semua pemenang diberi hadiah bagi penyertaan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh Panita Bahasa Malaysia, Panitan Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab. Terpancar wajah keriangan para pemenang yang telah mendapat hadiah masing-masing. Semoga majlis yang diadakan secara sederhana tapi cukup meriah ini dapat diadakan lagi pada tahun mendatang.

Lihat Gambar ---- KLIK DISINI
g.

Untuk melihat gambar Klik Disini


No comments:

Post a Comment