Wednesday, October 24, 2012

Tuesday, October 23, 2012

READING IS FUN DAN PENUTUPAN BULAN BAHASA



Pada 23 Oktober 2012, Pusat Sumber SK Sungai Puteri dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab telah menganjurkan dua program serentak iaitu Reading Is Fun dan Penutupan Bulan Bahasa.

Reading Is Fun dilaksanakan bagi menyahut saranan Pusat Kegiatan Guru untuk menjadikan program membaca ini satu rekod Malaysia dengan penyertaan murid-murid di seluruh negara. Hampir 480 orang murid SK Sungai Puteri dari prasekolah hingga ke Tahun 6 serta para guru telah menyertai program ini di mana murid-murid perlu membaca selama 33 minit. Diakhir program guru-guru kelas telah menerima sijil penyertaan program ini untuk diedarkan kepada setiap murid. Pemberian sijil ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri.

Wednesday, October 10, 2012

PELANCARAN PROGRAM BULAN BAHASA



Pada 10 Oktober 2012, Program Bulan Bahasa telah dilancarkan bagi tahun 2012. Program ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab. Program ini bertujuan untuk :-

  1. memupuk semangat cintai akan Bahasa Malaysia dan seterusnya memartabatkan Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar SK Sungai Puteri bagi menyokong kecemerlangan Bahasa Malaysia.
  2. Menguasai dan mempertingkatkan kemahiran bahasa-bahasa lain iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di kalangan pelajar SK Sungai Puteri.
  3. Mengasah serta mencungkil bakat terpendam pelajar dalam aktiviti berbahasa melalui aktiviti yang dijalankan.
  4. Melatih pelajar berani berinteraksi di hadapan khalayak ramai.
  5. mewujudkan persaingan dalam diri pelajar seperti berketrampilan, berani dan berkeyakinan tinggi,
  6. menanamkan kemahiran berbahasa secara tidak langsung di luar bilik darjah.
Berikut merupakan kategori aktiviti mengikut Panitia yang bakal dijalankan sepanjang Bulan Bahasa ini.

Bahasa Malaysia
Tahun 1 dan Tahun 2 : Membaca cerita bertemakan cerita teladan
Tahun 3 dan Tahun 4 : Kuiz bertulis - Nilai murni
Tahun 5                    : Buku skrap (penjodoh bilangan, simpulan bahasa /peribahasa)
Tahun 6                    : Berbalas pantun

Bahasa Inggeris

Tahun 1 dan Tahun 2 : Reading short stories
Tahun 3 dan Tahun 4 : Crossword Puzzles
Tahun 5                    : English Quiz
Tahun 6                    : Newspaper cutting (in pairs)

Bahasa Arab

Tahun 1 dan Tahun 2 : Tulisan cantik
Tahun 3 dan Tahun 4 : Sajak
Tahun 5                    : Nasyid
Tahun 6                    : Pidato

Buat julung kalinya pelajar Tahun 6 mengacarakan pelancaran program ini dengan penyampaian tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Program ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri.

Thursday, August 30, 2012

MERDEKA

Pengurusan dan Pengawas Khazanah Puteri mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 tahun

Tuesday, June 26, 2012

PENGHARGAAN


Pihak Pengurusan Pusat Sumber SK Sungai Puteri telah mengambil pendekatan bagi mengalakkan lagi para pelajar untuk meminjam serta mengunjungi Pusat Sumber SK Sungai Puteri dengan memberikan sijil penghargaan bagi murid yang membaca buku dengan banyak serta kerap mengunjungi Pusat Sumber Sekolah. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai murid SK Sungai Puteri meminjam dan membaca buku agar amalan membaca dapat diterapkan dari kecil lagi.

Tuesday, June 19, 2012

FAKTA PELIK MENARIK

  1. Terdapat sebuah tempat yang menakutkan di Gurun Durango, Mexico yang dipanggil Zon Sunyi. Apabila berada di sana, anda tidak akan dapat menerima isyarat televisyen mahupun radio dengan dengan jelas. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut mendakwa sering melihat bebola api misteri yang tiba-tiba muncul di angkasa.
  2. Terdapat sejenis tiram di Kepulauan Carribean yang boleh memanjat pokok.
  3. Artis-artis terkenal Jimmy Hendrix, Janis Joplin dan Jim Morrison meninggal dunia semasa mereka baru berusia 27 tahun.
  4. Bekas Presiden Amerika , Jimmy Carter adalah seorang pembaca yang pantas. Beliau berupaya membaca 2,000 patah perkataan seminit.
  5. Semasa era Victoria, terdapat ketakutan yang melampau jika manusia dikebumikan sebelum ia ‘benar-benar sudah mati’. Jadi, apabila seseorang dianggap sudah meninggal dunia, satu lubang kecil akan digali dari keranda ke permukaan tanah. Kemudian seutas tali akan diikat pada tangan mayat yang disambung kepada sebiji lonceng kecil tapi kuat bunyinya. Ini dilakukan supaya apabila seseorang yang dikebumikan itu masih hidup, mereka boleh membunyikan lonceng tersebut dan orang yang ditugaskan menjaga kubur tersebut (24jam setiap hari!) akan menggali pusara berkenaan dan membawa mereka keluar.
  6. Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat.
  7. Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.
  8. Pada zaman Mesir kuno, masyarakat negara itu membayar cukainya dengan menggunakan madu. Sementara itu, buah aprikot pada masa itu dipanggil ‘telur matahari’.
  9. Satu kebakaran besar telah berlaku di London pada tahun 1666 menyebabkan separuh daripada kota raya itu musnah. Namun peliknya, hanya enam orang saja yang cedera dalam malapetaka tersebut.
  10. Pada zaman Pertengahan dahulu, mahkamah tertinggi di Perancis telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seekor lembu kerana didapati bersalah mencederakan seorang manusia.
  11. Di Tokyo, terdapat kedai yang menjual rambut palsu untuk anjing.
  12. Di Turki, warna yang melambangkan kesedihan ialah ungu. Pemilihan warna ini memang aneh kerana di kebanyakan tempat di dunia, warna berkabung ialah putih dan hitam.
  13. Di Bangladesh, kanak-kanak seawal usia 15 tahun boleh dipenjarakan jika meniru di dalam peperiksaan akhir.
  14. Pada zaman India dan China kuno dahulu, penduduk di bebrapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat!
  15. ‘Y’ adalah nama tempat yang paling pendek di dunia. Ia terletak di Perancis dan penduduknya menggelarkan diri mereka Ypsilonien.
  16. Pada tahun 40-an, pen berjenama Bich telah ditukar kepada Bic, untuk mengelakkan warga Amerika daripada menyebut ‘Bicth’ (perempuan jalang).
  17. Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing.
  18. Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke arah sebelah barat.
  19. Gerard Hommel sudah enam kali mendaki gunung Everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahaya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh dari tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retak akibat terhantuk pada sinki.
  20. Selain daripada mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata. Caranya untuk menelan, haiwan itu menutup kelopak mata, menekannya ke bawah menggunakan bola mata dan menurunkan lelangit hingga ke lidah, menekan makanan itu ke bawah lagi dan seterusnya masuk ke dalam perut.
  21. Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.
  22. Selepas makan, lalat akan memuntahkan kembali makanannya dan kemudian memakannya balik.
  23. Angsa-angsa di England adalah harta Permaisuri.