Wednesday, October 15, 2014

Friday, August 29, 2014

LOGO HARI KEBANGSAAN KE-57 2014

Merdeka 2014

RASIONAL LOGO
Jalur Gemilang yang sedang berkibar megah menjadi inspirasi kepada logo ini. Ia merupakan satu perlambangan kepada negara Malaysia yang merdeka dan berdaulat.

Angka 57 membawa maksud ulangtahun ke-57 kemerdekaan Malaysia. Sekaligus menjadi lambang kematangan negara dibawah kepimpinan yang mantap, berinovasi serta berwawasan yang boleh disaksikan menerusi pembangunan, kecermerlangan dan kemakmuran yang dikecapi secara berterusan.

Angka 57 yang diberikan sentuhan retro, menjadi refleksi kepada tarikh keramat kemerdekaan negara pada tahun 1957, mencerminkan impian dan harapan serta semangat cintakan negara yang tidak berbelah bagi rakyat terdahulu, semoga menjadi pedoman dan panduan kepada generasi Malaysia hari ini terutama golongan muda.

Kibaran Jalur Gemilang menyelimuti angka 57 turut mencerminkan kemakmuran dan keamanan negara yang telah wujud sejak mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, berupaya dikekalkan sehingga ke saat ini dengan sokongan dan dukungan kuat oleh rakyat berbilang etnik dan kepercayaan yang bergabung menjadi satu masyarakat Malaysia yang unik dan bertoleransi.

Bulan sabit dan bintang berbucu 14 melambangkan kedaulatan negara, menjadi kewajipan setiap pemimpin dan rakyat untuk terus memelihara dan mengekalkannya.

Tema 'Malaysia.... Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' diletakkan pada sudut bersesuaian dengan rekabentuk logo bagi menyokong kekuatannya dari segi imbangan, maksud dan nilai estetika.

MAKSUD WARNA LOGO

Warna Merah-Lambang keberanian dan kesetiaan pada negara yang tercinta.

Warna Biru-Lambang penyatuan dan keharmonian antara kaum.

Warna kuning- Lambang kedaulatan negara dibawah naungan Raja Berpelembagaan dan diterajui kepimpinan yang prihatin dengan pencapaian negara serta keperluan rakyat.

Warna putih-Menjadi perlambangan kepada kejujuran, ketelusan dan komitmen serta kerjasama yang erat di antara pemimpin dan rakyat.

Tuesday, April 22, 2014

TEMA HARI GURU 2014

Tema Sambutan Hari Guru Kali ke 43 Tahun 2014 ialah Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi. Pemberitahuan Tema Hari Guru 2014 serta Maksud dan Huraian ini merujuk surat Datuk Dr. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia yang bertarikh 08 April 2014. Pemilihan tema ini telah dipersetujui oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pendidikan Malaysia. Semoga makluman ini dapat dikongsikan kepada semua warga pendidik di Malaysia. Untuk makluman, Logo Hari Guru 2014 akan dikemaskini.

Apakah Maksud Tema Hari Guru 2014

Merujuk Surat Pemberitahuan KPM. Maksud, Definisi dan Huraian Guru: Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi iaitu Tema Hari Guru tahun ini ialah seperti berikut

DEFINISI: GURU PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVAS

  • GURU: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara.
  • PENCETUS: Merujuk maksud peranan untuk menimbulkan sesuatu ilham/idea atau mengeluarkan sesuatu seperti ilmu. Guru bertindak sebagai pencetus idea kepada kreativiti dalam usaha melahirkan generasi intelek.
  • KREATIVITI: Didefinisikan sebagai penghasilan idea, kebolehan untuk mencipta atau proses pemikiran yang mendorong dalam pencetusan idea baru dan berdaya kreatif.
  • PENJANA: Merujuk maksud guru sebagai penggerak atau perantara yang paling penting dalam proses transformasi ke arah keberhasilan.
  • INOVASI: Didefinisikan sebagai pengaplikasian kreativiti, pembaharuan, modifikasi, kaedah dan sistem bagi mencari jalan untuk menghasilkan produk baru dan perkhidmatan yang lebih baik, bermakna dan bernilai.

Huraian Tema Hari Guru 2014

Tema Hari guru Tahun 2014 dicadangkan iaitu Guru Pencetus Kreativiti Penjana Inovatif adalah selaras dengan transformasi pendidikan ke arah membangunkan kemahiran abad ke-21 iaitu berfikiran kritis dan kreatif serta menggalakkan perkembangan sahsiah murid yang holistik dan seimbang seperti yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.
Sistem pendidikan Malaysia berhasrat memastikan setiap murid mencapai potensi sepenuhnya agar menjadi generasi gemilang iaitu berpengetahuan dan berkemahiran, pemikiran kritis, kreatif dan inovatif; kemahiran memimpin, memiliki sahsiah dan nilai serta semangat identiti nasional. Hal ini sangat relevan dalam PPPM yang terus mendukung hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk pendidikan seimbang sebagai asas aspirasi setiap murid.
Guru memainkan peranan penting sebagai penggerak agen perubahan yang sentiasa kreatif dan inovatif, mempunyai keterampilan yang tinggi dari segi personaliti, mempunyai pemikiran luas dan strategik serta mampu mencetus ledakan ilmu yang dapat diterapkan kepada murid bagi membolehkan mereka menghubungkan pelbagai disiplin ilmu untuk mencipta ilmu yang baharu bertaraf dunia.
Membudayakan inovasi merupakan agenda berterusan dalam gelombang transformasi pendidikan bagi melahirkan generasi muda yang bersedia mencapai kecemerlangan dalam persekitaran yang kompetitif secara global. Keupayaan warga pendidik menyediakan peluang kepada murid bagi mendapat pengalaman pembelajaran lebih bermakna, pengalaman pembelajaran dalam menyelesaikan masalah, kreativiti dan pemikiran kritikal dilihat mampu meningkatkan kemahiran murid yang dapat berfikir secara kritis dalam konteks akademik dan persekitaran kehidupan sebenar.
Dunia dan ekonomi yang bersifat global hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis dan kreatif dan inovatif. Justeru peranan guru sebagai penggerak generasi yang intelek dan berdaya saing perlu menghasilkan kualiti pengajaran yang gemilang dengan memperkukuh am alan terbaik dalam pendidikan.

PERTANDINGAN REKA CIPTA LOGO HARI KEMERDEKAAN

Pertandingan Reka Cipta Logo Hari Kemerdekaan Ke 57 dengan Tema Kenegaraan iaitu berkonsepkan Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta. Semua warganegara Malaysia dipelawa menyertai Pertandingan Mereka Cipta Logo yang akan digunakan Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan 2014 Malaysia pada bulan Ogos nanti.



Penyertaan Pertandingan Cipta Logo Hari Kemerdekaan 57 bermula pada 14 April dan Tarikh tutup adalah pada 14 Mei 2014. Pemenang Reka Cipta Logo Hari Merdeka 2014 akan menerima Hadiah utama iaitu RM7,000. Manakala Hadiah Saguhati wang tunai RM1,000 akan diberikan kepada 10 ciptaan logo kemerdekaan yang terbaik.

Untuk menyertainya, sila ke pautan Peraturan dan Borang Pertandingan Reka Cipta Logo Hari Kemerdekaan 57 untuk mendapatkan borang dan peraturan penyertaan. Untuk maklumat lanjut dan update terkini sila ke Portal Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (KKMM) atau Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR) atau Laman Malaysia Merdeka dan juga boleh emelkan ke tanyalogo@ipptar.gov.my. Semoga Sambutan Hari Kemerdekaan 2014 lebih dihati. Sayangi Malaysia. Hargai kemerdekaan ini. Bersama kekalkan keamanan negara.

Tuesday, January 21, 2014

TAHNIAH

Pengurusan Pusat Sumber SK Sungai Puteri mengucapkan tahniah kepada 30 orang murid yang telah ditauliahkan sebagai Pengawas Pusat Sumber Sekolah 2014. Semoga perlantikan ini dapat melancarkan lagi pengurusan Pusat Sumber Sekolah.

Wednesday, May 15, 2013

SENARAI MENTERI DAN TIMBALAN MENTERI KABINET MALAYSIA 2013



Senarai Menteri Kabinet 2013 Pilihan Datuk Seri Najib

  • Perdana Menteri Malaysia : Datuk Seri Najib Razak (Umno)
  • Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Jabatan Perdana Menteri

  • Datuk Seri Jamil Khir Bahrom (Umno)
  • Datuk Seri Idris Jala (Senator)
  • Datuk Seri Abdul Wahid Omar (Senator)
  • Tan Sri Joseph Kurup (PBRS)
  • Puan Hajah Nancy Shukri (PBB)
  • Datuk Joseph Entulu anak Belalun (PRS)
  • Datuk Paul Low Seng Kwan (Senator)
  • Datuk Seri Shahidan Kassim (Umno)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdaan Menteri JPM
  • Datuk Razali Ibrahim (Umno)
  • P Waythamoorthy (Senator)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kewangan 1

  • Datuk Seri Najib Tun Razak (Umno)
  • Menteri Kewangan II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Umno)
  • Timbalan Menteri Kewangan: Datuk Ahmad Maslan (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi

  • Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I : Tan Sri Muhyiddin Yassin (Umno)
  • Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II: Datuk Seri Idris Jusoh (Umno)
  • Timbalan I: Datuk Mary Yap Kain Ching (PBS)
  • Timbalan II: P Kamalanathan (MIC)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pertahanan

  • Menteri Pertahanan : Datuk Seri Hishammuddin Hussein (Umno)
  • Timbalan : Datuk Abdul Rahim Bakri (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Dalam Negeri

  • Menteri Dalam Negeri : Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (Umno)
  • Timbalan: Datuk Wan Junaidi Tunku Jaafar (PBB)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pengangkutan

  • Menteri Pengangkutan : Datuk Seri Hishammuddin (pemangku)(Umno)
  • Timbalan: Datuk Abdul Aziz Kaprawi (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pelancongan dan Kebudayaan

  • Menteri Pelancongan dan Kebudayaan : Datuk Seri Nazri Abdul Aziz (Umno)
  • Timbalan: Datuk Joseph Salang Anak Gandum (PRS)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Luar Negeri

  • Menteri Luar Negeri : Datuk Seri Anifah Aman (Umno)
  • Timbalan: Datuk Hamzah Zainuddin (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kerja Raya

  • Menteri Kerja Raya : Datuk Fadillah Yusof (PBB)
  • Timbalan: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kesihatan

  • Menteri Kesihatan : Datuk Seri Dr S Subramaniam (MIC)
  • Timbalan: Datuk Seri Hilmi Yahaya (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Belia dan Sukan

  • Menteri Belia dan Sukan : Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Umno)
  • Timbalan : Datuk M Saravanan (MIC)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Sumber Manusia

  • Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Anak Jaem (SUPP)
  • Timbalan: Datuk Ismail Abd Muttalib (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan

  • Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan : Datuk Hassan Malek (Umno)
  • Timbalan: Datuk Paduka Ahmad Bashah Md Hanipah (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

  • Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri : Datuk Mustapa Mohamad (Umno)
  • Timbalan: Hamim Samuri (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani

  • Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani : Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Umno)
  • Timbalan: Datuk Tajuddin Abdul Rahman (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi

  • Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi : Datuk Dr Ewon Ebin (UPKO)
  • Timbalan: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar

  • Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar : Datuk Seri G Palanivel
  • Timbalan: Datuk Dr James Dawos Mamit (PBB)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau

  • Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau : Datuk Seri Maximus Ongkili
  • Timbalan: Datuk Seri Mahdzir Khalid

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah

  • Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah : Datuk Seri Shafie Apdal (Umno)
  • Timbalan: Datuk Alexander Nanta Linggi (PBB)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

  • Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi : Datuk Seri Douglas Uggah Embas (PBB)
  • Timbalan: Datuk Noriah Kasnon (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

  • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan : Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno)
  • Timbalan: Datuk Halimah Sadique (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Komunikasi dan multimedia

  • Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Umno)
  • Timbalan: Datuk Jailani Johari (Umno)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Wilayah Persekutuan

  • Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Umno)
  • Timbalan : Datuk Dr Loga Bala Mohan A/L Jaganathan (Senator)

Senarai Menteri Kabinet 2013 : Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

  • Datuk Rohani Abdul Karim (PBB)
  • Timbalan: Datuk Azizah Mohd Dun (Umno)

Monday, April 29, 2013

PERTANDINGAN MENULIS SURAT 1 MALAYSIA 2013


Peluang terbuka kepada murid-murid SK Sungai Puteri, Pertandingan Menulis Surat 1 Malaysia kembali lagi, penyertaan yang layak akan diberi sijil.

Tajuk Penulisan Kategori Sekolah Rendah ialah:
"Tulis sepucuk surat tidak rasmi kepada Perdana Menteri Malaysia untuk menyatakan kenapa anda sayang akan negara Malaysia" 
sebanyak 200 hingga 300 patah perkataan sahaja.

Sila dapatkan borang penyertaan dan maklumat pertandingan dengan Cikgu Hasbi dan Cikgu Rahmah atau muat turun di laman web www.pos.com.my
Tarikh tutup penyertaan dari pihak sekolah ialah 15 Jun 2013.

Wednesday, October 24, 2012

Tuesday, October 23, 2012

READING IS FUN DAN PENUTUPAN BULAN BAHASA



Pada 23 Oktober 2012, Pusat Sumber SK Sungai Puteri dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab telah menganjurkan dua program serentak iaitu Reading Is Fun dan Penutupan Bulan Bahasa.

Reading Is Fun dilaksanakan bagi menyahut saranan Pusat Kegiatan Guru untuk menjadikan program membaca ini satu rekod Malaysia dengan penyertaan murid-murid di seluruh negara. Hampir 480 orang murid SK Sungai Puteri dari prasekolah hingga ke Tahun 6 serta para guru telah menyertai program ini di mana murid-murid perlu membaca selama 33 minit. Diakhir program guru-guru kelas telah menerima sijil penyertaan program ini untuk diedarkan kepada setiap murid. Pemberian sijil ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri.

Wednesday, October 10, 2012

PELANCARAN PROGRAM BULAN BAHASA



Pada 10 Oktober 2012, Program Bulan Bahasa telah dilancarkan bagi tahun 2012. Program ini dianjurkan oleh Pusat Sumber Sekolah dengan kerjasama Panitia Bahasa Malaysia, Panitia Bahasa Inggeris dan Panitia Bahasa Arab. Program ini bertujuan untuk :-

  1. memupuk semangat cintai akan Bahasa Malaysia dan seterusnya memartabatkan Bahasa Malaysia dalam kalangan pelajar SK Sungai Puteri bagi menyokong kecemerlangan Bahasa Malaysia.
  2. Menguasai dan mempertingkatkan kemahiran bahasa-bahasa lain iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab di kalangan pelajar SK Sungai Puteri.
  3. Mengasah serta mencungkil bakat terpendam pelajar dalam aktiviti berbahasa melalui aktiviti yang dijalankan.
  4. Melatih pelajar berani berinteraksi di hadapan khalayak ramai.
  5. mewujudkan persaingan dalam diri pelajar seperti berketrampilan, berani dan berkeyakinan tinggi,
  6. menanamkan kemahiran berbahasa secara tidak langsung di luar bilik darjah.
Berikut merupakan kategori aktiviti mengikut Panitia yang bakal dijalankan sepanjang Bulan Bahasa ini.

Bahasa Malaysia
Tahun 1 dan Tahun 2 : Membaca cerita bertemakan cerita teladan
Tahun 3 dan Tahun 4 : Kuiz bertulis - Nilai murni
Tahun 5                    : Buku skrap (penjodoh bilangan, simpulan bahasa /peribahasa)
Tahun 6                    : Berbalas pantun

Bahasa Inggeris

Tahun 1 dan Tahun 2 : Reading short stories
Tahun 3 dan Tahun 4 : Crossword Puzzles
Tahun 5                    : English Quiz
Tahun 6                    : Newspaper cutting (in pairs)

Bahasa Arab

Tahun 1 dan Tahun 2 : Tulisan cantik
Tahun 3 dan Tahun 4 : Sajak
Tahun 5                    : Nasyid
Tahun 6                    : Pidato

Buat julung kalinya pelajar Tahun 6 mengacarakan pelancaran program ini dengan penyampaian tiga bahasa iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab. Program ini telah disempurnakan pelancarannya oleh Tuan Haji Ismail bin Mohd Said, Guru Besar SK Sungai Puteri.

Thursday, August 30, 2012

MERDEKA

Pengurusan dan Pengawas Khazanah Puteri mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-55 tahun

Tuesday, June 26, 2012

PENGHARGAAN


Pihak Pengurusan Pusat Sumber SK Sungai Puteri telah mengambil pendekatan bagi mengalakkan lagi para pelajar untuk meminjam serta mengunjungi Pusat Sumber SK Sungai Puteri dengan memberikan sijil penghargaan bagi murid yang membaca buku dengan banyak serta kerap mengunjungi Pusat Sumber Sekolah. Semoga dengan pendekatan ini lebih ramai murid SK Sungai Puteri meminjam dan membaca buku agar amalan membaca dapat diterapkan dari kecil lagi.

Tuesday, June 19, 2012

FAKTA PELIK MENARIK

  1. Terdapat sebuah tempat yang menakutkan di Gurun Durango, Mexico yang dipanggil Zon Sunyi. Apabila berada di sana, anda tidak akan dapat menerima isyarat televisyen mahupun radio dengan dengan jelas. Selain itu, penduduk di kawasan tersebut mendakwa sering melihat bebola api misteri yang tiba-tiba muncul di angkasa.
  2. Terdapat sejenis tiram di Kepulauan Carribean yang boleh memanjat pokok.
  3. Artis-artis terkenal Jimmy Hendrix, Janis Joplin dan Jim Morrison meninggal dunia semasa mereka baru berusia 27 tahun.
  4. Bekas Presiden Amerika , Jimmy Carter adalah seorang pembaca yang pantas. Beliau berupaya membaca 2,000 patah perkataan seminit.
  5. Semasa era Victoria, terdapat ketakutan yang melampau jika manusia dikebumikan sebelum ia ‘benar-benar sudah mati’. Jadi, apabila seseorang dianggap sudah meninggal dunia, satu lubang kecil akan digali dari keranda ke permukaan tanah. Kemudian seutas tali akan diikat pada tangan mayat yang disambung kepada sebiji lonceng kecil tapi kuat bunyinya. Ini dilakukan supaya apabila seseorang yang dikebumikan itu masih hidup, mereka boleh membunyikan lonceng tersebut dan orang yang ditugaskan menjaga kubur tersebut (24jam setiap hari!) akan menggali pusara berkenaan dan membawa mereka keluar.
  6. Paku besi tidak boleh digunakan pada kayu oak kerana asid di dalam kayu itu boleh mengaratkannya dengan cepat.
  7. Kapal terbang dilarang terbang di atas bangunan Taj Mahal.
  8. Pada zaman Mesir kuno, masyarakat negara itu membayar cukainya dengan menggunakan madu. Sementara itu, buah aprikot pada masa itu dipanggil ‘telur matahari’.
  9. Satu kebakaran besar telah berlaku di London pada tahun 1666 menyebabkan separuh daripada kota raya itu musnah. Namun peliknya, hanya enam orang saja yang cedera dalam malapetaka tersebut.
  10. Pada zaman Pertengahan dahulu, mahkamah tertinggi di Perancis telah menjatuhkan hukuman mati ke atas seekor lembu kerana didapati bersalah mencederakan seorang manusia.
  11. Di Tokyo, terdapat kedai yang menjual rambut palsu untuk anjing.
  12. Di Turki, warna yang melambangkan kesedihan ialah ungu. Pemilihan warna ini memang aneh kerana di kebanyakan tempat di dunia, warna berkabung ialah putih dan hitam.
  13. Di Bangladesh, kanak-kanak seawal usia 15 tahun boleh dipenjarakan jika meniru di dalam peperiksaan akhir.
  14. Pada zaman India dan China kuno dahulu, penduduk di bebrapa bahagian negara itu menganggap daging tikus sebagai hidangan yang amat lazat!
  15. ‘Y’ adalah nama tempat yang paling pendek di dunia. Ia terletak di Perancis dan penduduknya menggelarkan diri mereka Ypsilonien.
  16. Pada tahun 40-an, pen berjenama Bich telah ditukar kepada Bic, untuk mengelakkan warga Amerika daripada menyebut ‘Bicth’ (perempuan jalang).
  17. Sebelum menjadi penakluk teragung dunia, Genghis Khan asalnya cuma seorang pengembala kambing.
  18. Disebabkan oleh faktor putaran bumi, sesuatu objek akan bergerak jauh jika dibaling ke arah sebelah barat.
  19. Gerard Hommel sudah enam kali mendaki gunung Everest. Baginya ketinggian, terjatuh, kesejukan dan cedera adalah masalah kecil. Gerard hanya menyedari hakikat bahaya jatuh pada Oktober 1993, apabila beliau terjatuh dari tangga semasa hendak menukar mentol lampu dapur di rumahnya, di Nantes, Perancis. Gerard mati dalam kejadian itu selepas tengkorak kepalanya retak akibat terhantuk pada sinki.
  20. Selain daripada mulut, katak dan berudu boleh makan menggunakan mata. Caranya untuk menelan, haiwan itu menutup kelopak mata, menekannya ke bawah menggunakan bola mata dan menurunkan lelangit hingga ke lidah, menekan makanan itu ke bawah lagi dan seterusnya masuk ke dalam perut.
  21. Arnab betina boleh mengawal lebihan populasinya dengan menyerap embrionya ke dalam tubuh.
  22. Selepas makan, lalat akan memuntahkan kembali makanannya dan kemudian memakannya balik.
  23. Angsa-angsa di England adalah harta Permaisuri.